Diana Danielle Dedah Sikap Netizen Suka Memfitnah


Di zaman yang serba-serbinya media sosial ini, sesebuah cerita boleh menjadi viral tanpa usul periksa dan tanpa mendengar terlebih dahulu cerita daripada pihak yang dituduh.

Kebanyakkannya, persepsi yang dilemparkan itu selalunya tidak tepat, tidak benar, malah kadangkala layak diklasifikasikan sebagai fitnah yang menjadi salah satu dari 7 dosa besar menurut agama Islam.

Mungkin itulah yang terjadi kepada pelakon Diana Danielle apabila dia dikatakan menjadi mangsa fitnah seseorang yang secara curi-curi mengambil gambar aktres itu ketika sedang menjamu selera dengan kawannya.

Gambar berkenaan difahamkan telah dimuat naik di laman Facebook dengan status tidak tepat dan tidak benar, tidak seperti yang disangka.

Status netizen tersebut mendakwa, Diana memperlekehkan kanak-kanak tahfiz yang berjualan di sebuah tempat makan.
Status Facebook yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bersama gmbar Diana Danielle.
‘Berang’ dengan tuduhan melulu itu, Diana tampil menyangkal kebenaran cerita tersebut dan mengatakan dia menjadi mangsa fitnah.

"Kepada encik Muazrin Mustapha. Awak telah menfitnah saya secara terang terangan. Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dkt dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu dtg dkt saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah.

"Pelajar tu pula reply "terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya." Dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik "jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?". Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yg saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status mcm ini lagi," jelas isteri kepada aktor, Farid Kamil itu.

Malah daripada gambar yang dikongsikan pun dapat dilihat kedudukan Diana dengan perakam gambar terlalu jauh untuk didengar apa sebenarnya yang dibualkan.

Pada masa sama, tindakan Diana memaafkan individu yang memfitnahnya itu juga harus diberikan pujian.

Moralnya, hati-hatilah bila mahu berkongsi sebarang cerita yang belum kita pastikan kesahihannya.

Di akhir zaman ini, media barat yang terkemuka pun menjadi alat propaganda pihak tertentu dengan menyiarkan 'fakta separuh masak' untuk melahirkan persepsi negatif terhadap 'mangsa' mereka seperti rakyat Palestin, Arab Saudi, dan tidak tidak terkecuali Malaysia.

Terdapat banyak manusia di zaman ini berselindung di balik niat kononnya mahu memberi nasihat agama padahal sedang melakukan dosa yang lebih besar daripada membunuh. -Kedahnews.com

A photo posted by Diana Danielle (@dianadanielleb) on