"Dulu Saya Mudah Terpedaya Ayat Manis Lelaki" - Tasha Shilla

Gambar IG: @tashashilla
SERING terpalit dengan kontroversi, kini Tasha Shilla akui dia akan lebih berhati-hati dan tidak akan mudah terpedaya lagi dengan lelaki seperti dahulu kerana pengalaman telah banyak memberikannya pengajaran.

"Dahulu saya memang mudah terpedaya dengan ayat manis lelaki. Tetapi selepas begitu banyak pengalaman dan pengajaran, saya akan lebih berhati-hati dengan lelaki yang ada di sekeliling”

"Buat masa sekarang, saya mahu fokus fokus terhadap kerjaya seni kerana tahun ini macam comeback bagi diri saya selepas dilanda kontroversi sepanjang tahun lalu," katanya.

Menurut Tasha, dia sudah pun mengikuti kursus perkahwinan sebagai persediaan diri untuk bergelar seorang isteri.


Namun begitu, pelakon wanita itu mengaku masih belum bertemu jejaka yang difikirkan sesuai untuk dijadikan calon suaminya.

“Saya sudah menghadiri kursus pra-perkahwinan, tetapi saya pergi seorang diri tanpa pasangan. Niat dalam hati, memang saya mahu mendirikan rumah tangga. Tetapi masih belum mempunyai calon”

Dia juga mengesahkan tidak akan menarik diri dari bidang seni walaupun sudah berkahwin kelak. Dia akui impian untuk melihat dirinya menjadi isteri dalam masa terdekat tidak akan tercapai. -Kedahnews.com