Eizlan Yusof Dedah Sudah 3 Kali Ajak Vie Shanti Rujuk Semula


Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan tragik perpisahannya dengan bekas isteri, Vie Shantie Harun dan hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana wanita lain.

“Tipu kalau saya cakap tiada wanita yang cuba mendekati saya buat masa ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, ya saya akan layan. Tetapi kalau lain macam sahaja caranya, saya akan menjauhkan diri.

“Jujur saya katakan, parut akibat luka perpisahan ini masih belum habis sepenuhnya. Masih terbayang-bayang bagaimana keadaan itu membuat hidup saya seperti orang gila.

“Waktu itu perniagaan saya sedang berdepan dengan beberapa masalah, perpisahan itu benar-benar membuatkan situasi menjadi lebih teruk,” katanya.


Eizlan juga memberitahu dirinya berasa tertekan apabila bekas isterinya itu sering digossipkan keluar bersama dengan Zizan Razak.

“Ramai pihak seperti meia dan orang luar bertanyakan saya hal itu. Bila terlalu kerap ditanya, ia menjadi tekanan sedangkan perkara itu bukan urusan saya.

"Dia bukan lagi tanggungjawab saya, dan bebas berkawan dengan sesiapa sahaja”

“Saya rasa dah tiga kali saya mengutarakan hajat untuk merujuk kembali, tetapi tidak mendapat sebarang respon. Jadi saya faham akan maksudnya,” jelas Eizlan. -Kedahnews.com