Gambar Hiasan |
ALOR SETAR – Panggilan kecemasan berhubung kemasukan ular di dalam premis kediaman didapati meningkat dua kali ganda sepanjang tempoh fenomena cuaca panas El Nino terutama di daerah Kubang Pasu.
Dari Disember hingga Mac, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerima 87 panggilan kecemasan yang melibatkan kes kemasukan ular di rumah penduduk daerah itu, kata Pegawai JPAM Daerah, Kamalruzamal Kasa.
“Disember lalu, kita menerima 25 panggilan manakala bagi Januari (33); Februari (23) dan 1 hingga 16 Mac sebanyak enam panggilan, dan angka itu naik dua kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Keadaan suhu panas akibat fenomena global El Nino ini merupakan salah satu faktor kenapa jumlah ular yang ditemui masuk di kediaman penduduk semakin meningkat akhir-akhir ini.
“Ini kerana ular-ular ini mungkin mencari kawasan yang sejuk selain ingin mencari tempat berlindung akibat habitat mereka di kawasan hutan terbakar,” kata Kamalruzamal semasa dihubungi Bernama.
Ujarnya apabila dapat panggilan kecemasan, JPAM akan memberi respons segera dan menjalankan pencarian di setiap pelusuk rumah, bagi memastikan keselamatan penghuni rumah tidak berada dalam keadaan bahaya.
“Kami akan melakukan pemeriksaan terperinci di setiap sudut rumah tetapi kadang-kadang kami berjaya tangkap, dan ada ketika apabila kami sampai, ular itu sudah pun keluar lebih awal.
“Antara jenis ular yang banyak ditangkap oleh pihak JPAM ketika ini ialah ular tedung senduk, ular susuk kerbau dan ular sawa.
“Apabila ular masuk di dalam rumah, penghuni rumah jangan panik, sebaliknya melihat pergerakan ular tersebut dari jauh bagi membolehkan mereka memaklumkan kedudukan sebenar ular tersebut kepada JPAM,” katanya.
Kata Kamalruzamal lagi, bagi mengelakkan ular cuba masuk ke dalam rumah, serbuk belerang boleh ditaburkan di sekitar kawasan rumah selain menutup semua lubang seperti lubang paip air dengan menggunakan kain atau batu.
“Pastikan laluan yang boleh digunakan ular untuk masuk ke rumah ditutup dengan rapi. Ular yang ditangkap ini kita akan serahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri ataupun lepaskan ia di kawasan hutan yang jauh dari kediaman penduduk,” katanya. – BERNAMA