Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid |
Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan penutupan sekolah di negeri itu hanya melibatkan para pelajar dan murid sahaja, manakala guru-guru perlu hadir ke sekolah seperti biasa.
Fenomena El Nino- Kedah & Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP murid sahaja. Guru kena hadir.
Mahdzir yang juga kini dikenali sebagai "Cikgu Det" menjelaskan bahawa penutupan sekolah selama 2 hari itu juga tidak perlu diganti.
"Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul," katanya yang dipetik dari laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Jabatan Meteorologi sebelu ini mengumumkan suhu di Kedah dan Perlis adalah antara yang tertinggi di seluruh negara yang kini dilanda El-Nino sehingga mencapai lebih 37 darjah selsius, terutama di Alor Setar.
Jabatan berkenaan juga menjelaskan suhu di kedua buah negeri berkenaan mampu mencatat hingga ke paras 40 darjah selsius sekiranya menghadapi fenomena Ekuinoks. -Kedahnews.com