Matt Botten |
Gara-gara mahu 'jimat', seorang pelancong dari Britain mempunyai cara tersendiri untuk mengelak daripada membayar caj tambahan untuk lebihan bagasi ketika menaiki kapal terbang iaitu dengan memakai semua baju yang dibawanya.
Matt Botten yang berasal dari Cardiff, tidak mahu membayar caj sebanyak £45 untuk daftar masuk ketika mahu menaiki pesawat EasyJet menuju ke Reykjavik di Iceland.
Dia kemudiannya mengosongkan beg pakaian dan memakai berlapis-lapis pakaian di Lapangan Terbang Gatwick.
Keadaan ini menyebabkan dia disoal siasat ketika di lapangan terbang, disebabkan baju dan seluar tebal yang dipakainya.
Ketika itu Matt bersama dengan teman wanitanya, Abigail White, 31.
Bangga dengan pencapaiannya itu, Matt kemudian menulis dalam Facebook mengenai kaedah untuk berjimat iaitu dengan memakai semua baju yang dibawa.
Tahun lepas seorang anggota kumpulan rock Rewind, James McElvar, tidak sedarkan diri ketika menaiki penerbangan dari London menuju ke Glasgow.
Pada mulanya orang ramai menyangka dia mengalami sakit jantung tetapi akhirnya barulah diketahui punca James tidak sedarkan diri iaitu akibat kepanasan.
Ketika itu dia memakai enam helai kemeja-t, tiga pasang jean, dua helai seluar jogging dan jaket. -Kedahnews.com