Elak Hamba Seks Hamil, IS Amalkan Perancang Keluarga

HINGGA akhir tahun lalu, kira-kira 5,000 lelaki dan wanita Yazidi ditawan kumpulan IS pada musim panas 2014. - Foto Reuters
WASHINGTON – Militan IS menggunakan beberapa bentuk perancang keluarga untuk memastikan bekalan hamba seks yang berterusan, lapor New York Times semalam, memetik temubual dengan berpuluh wanita Yazidi yang melarikan diri daripada kumpulan militan itu.

The New York Times melaporkan, IS menggunakan perancang keluarga oral dan suntikan dan kadangkala kedua-duanya untuk memastikan wanita tidak hamil dan boleh melayan pejuang.

“Dalam sekurang-kurangnya satu kes seorang wanita dipaksa melakukan pengguguran bagi memastikan dia boleh melakukan hubungan seks, dan yang lain dipaksa berbuat demikian,” kata akhbar itu.

Militan IS menganggap puak Yazidi sebagai pemuja syaitan. Kepercayaan Yazidi meliputi elemen Kristian, Zoroastrianisme dan Islam.

Kebanyakan daripada setengah juta penduduk Yazidi masih menjadi pelarian di kem-kem dalam entiti autonomi di utara Iraq dikenali sebagai Kurdistan.

Hingga akhir tahun lalu, kira-kira 5,000 lelaki dan wanita Yazidi ditawan kumpulan IS pada musim panas 2014.

Daripada jumlah itu, kira-kira 2,000 berjaya melarikan diri atau diseludup keluar daripada tahanan IS, kata aktivis.

Seorang pakar sakit puan memberitahu The New York Times, daripada lebih 700 mangsa rogol Yazidi yang pergi ke klinik Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq, hanya lima peratus hamil semasa menjadi hamba mereka. – Reuters