Elly Mazlien Selamat Lahirkan Seorang Puteri Semalam


Pelakon jelita, Elly Mazlien dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya matanya semalam dan sekadar berkongsi sebahagian dari gambar bayi sulungnya itu di instagram.

Walau bagaimanapun, dia dan suami memutuskan untuk hanya akan berkongsi nama dan wajah anak selepas hari ketujuh kelahirannya nanti.


Kedahnews.com difahamkan bahawa bayi perempuan seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat rawatan di Kuala Lumpur, lebih awal dari jangkaan doktor yang dijaduakan pada hujung bulan ini.

“Saya bersalin secara normal dan semuanya selamat. Alhamdulillah tiada sebarang komplikasi dan anak saya juga berada dalam keadaan yang sihat. Saya akan menjalani proses berpantang secara tradisional,” jelas Elly Mazlien.


Bayi ini merupakan anak pertama bagi Elley Mazlien dan suaminya, Azmi Hatta selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. – Kedahnews.com