"Empat Tahun Jadi PM, 14 Orang Mati Di Memali..."

Seorang pengguna Facebook membidas keras bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai "kejam,zalim dan menyekat demokrasi".

Pengguna itu membentangkan hujah bahawa sepanjang 7 tahun pentadbiran Mohd Najib, tidak ada seorang pun yang maut kerana politik, sebaliknya Tun M pula ketika baru mentadbir negara selama 4 tahun telah 'memakan korban' seramai 14 orang.

"Tun M cuba memberitahu ahli2 Umno bahawasanya DS Najib seorang PM yg kejam,zalim dan menyekat demokrasi.

"Ehem...ehem...ehem...7 tahun dah Najib jadi PM, belum ada lagi yg mati kerana politik. Empat tahun pertama Tun M jadi PM, 14 org mati dlm peristiwa Memali.

"Kesian isteri2 dan anak anggota2 polis yg jadi mangsa itu. Al Fatihah utk mereka," tulis Mohd Faisal mengenang kisah tragedi Memali di Baling, Kedah, yang memilukan seluruh negara hingga kini.


Dr Mahathir dan sekutunya sedang giat berkempen menyebarkan deklarasi yang bertujuan menjatuhkan Mohd Najib dari kerusi Perdana Menteri.

Beberapa pemerhati politik berpandangan gerakan menjatuhkan Mohd Najib adalah antara usaha Tun M untuk menyediakan laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum mencapai objektif ke kerusi Presiden.

Bagaimanapun, Tun M dan Mukhriz menafikan pandangan tersebut dan mendakwa gerakan mereka adalah kerana 'rakyat'. -Kedahnews.com