Gadis Ditembak Mati Kerana Enggan Kahwin Paksa


Seorang gadis berketurunan Kurdish yang menetap di Jerman, Shilan, 21, dilaporkan telah ditembak mati dalam sebuah majlis perkahwinan selepas dia dikatakan enggan mengahwini sepupunya.

Bapa wanita malang tersebut, Ghazi H, 50, memaparkan gambar mayat anaknya maut terlentang dilantai dengan berlumuran darah di laman Facebook bagi menuntut keadilan terhadap mangsa.

“Kematian tragiknya adalah satu kehilangan buat saya dan keluarga. Shilan mati hanya kerana menjadi mangsa tradisi lapuk bangsa kami sendiri,” tulis Ghazi dalam laman sosialnya.

Menurut Ghazi, dua abangnya, Numan H dan Hassan H cuba mengatur perkahwinan antara Shilan dan sepupunya, Sefin yang mana langsung tidak dipersetujui oleh Shilan.

Ketika kejadian itu berlaku, Ghazi kebetulan berada di Iraq kerana komitmen kerja dan mengesyaki abangnya adalah dalang kepada insiden tersebut.

Pihak polis tempatan telah menahan Stefin yang dipercayai melepaskan tembakan terhadap Shilan untuk siasatan lanjut. –Kedahnews.com