Gambar-Gambar "Gila" Gayat Remaja Di Moscow



Sekumpulan remaja menolak semua risiko memanjat bangunan tinggi hanya kerana mahu merakam gambar menarik bandar raya Moscow jauh di bawah kaki mereka.

Ivan Semenov, 23, dari Moscow, mempunyai pengalaman memanjat beberapa bangunan tertinggi di Russia bersama rakannya, malah merakam gambar dalam kedudukan mencemaskan sebaik saja tiba di puncak bangunan.

Satu gambar yang dirakam Semenov menunjukkan seorang rakannya memegang tangan seorang gadis yang terjuntai di celah lubang bumbung dengan jalan raya di bawah jelas kelihatan.

Dengan senarai bangunan yang sudah berjaya dipanjat, termasuk pusat perdagangan bandar raya Moscow, Monumen Kemenangan dan juga Pusat One Island East di Hong Kong, Semenov dan rakannya setakat ini berjaya mengelak mengalami kecederaan.


Menurut Semenov, satu-satunya masa dia dan rakannya berada dalam bahaya ialah ketika mereka bergaya di hadapan kamera, bukan ketika memanjat.

“Sudah banyak bangunan sekitar Moscow yang kami panjat. Malah, kami juga sudah berada di puncak Pusat One Island East di Hong Kong.


“Saya teruja untuk berada di bumbung bangunan dan menyukai pemandangan menakjubkan sebaik berada di tempat tinggi,” kata Semenov.

“Saya suka melihat bandar dari atas dan melihatnya dari perspektif berbeza.


“Melihat gambar yang dirakam, saya tahu ada yang mengatakan kami tidak mengambil kira padah yang menanti. Tetapi saya tahu kemampuan saya dan saya hanya melakukan apa yang saya rasa selesa,” katanya.



Sumber: myMetro