GAMBAR: Jihan, Ungku Hariz Pilih "Melayu Klasik" Di Majlis Resepsi


MAJLIS resepsi perkahwinan pengacara dan pelawak wanita terkenal, Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli telah berlangsung dengan meriahnya di Menara Naza TTDI, Shah Alam semalam.

Bak raja dan permaisuri, pasangan ini memilih busana songket rona kuning diraja sebagai persalinan indah bagi meraikan hari bahagia mereka.

Majlis turut dimeriahkan dengan dayang-dayang yang terdiri daripada rakan artis yang rapat dengan Jihan.

Elfira Loy, Fara Fauzana, Zara Zya, Sharifah Sakinah, Nad Zainal dan Shila Amzah kelihatan cukup bergaya dengan baju kurung moden bersongket putih.

Pengacara program Meletop, Nabil Ahmad dipertanggungjawabkan sebagai pengacara bagi memeriahkan perjalanan majlis.

Jihan dan Ku Hariz selamat diijabkabul 20 Mac lalu di Laman Kayangan, Shah Alam selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Tahniah dan selamat pengantin baru Jihan dan Ku Hariz. –Kedahnews.com

jihan1
jihan2
jihan3
jihan4
jihan8
jihan6
jihan5
jihan7