Gerhana Bukan Masa Umat Islam Seronok Main Telur


Apabila berlakunya gerhana, ia bukanlah masa untuk umat Islam bersuka ria seumpama berpesta bermain telur dan sebagainya.

Walaupun tidak menyalahi syarak, ia hanya diharuskan dari sudut pembelajaran sains bagi mendatangkan manfaat bagi umat Islam.

Sebaliknya, para ulama mengatakan bahawa antara hikmah utama Allah SWT menjadikan gerhana supaya manusia menjadi takut lalu memperbanyakkan amalan dan bermohon keampunan.

Jika tidak takut pun, adalah wajar untuk cuba mendatangkan rasa takut tersebut dan bukannya dengan menyambut gerhana dengan mendatangkan kegembiraan.

Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».

Sementara itu, Abu Musa Al Asy’ari RA pula menjelaskan;
“Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut kerana khuwatir akan terjadi hari Kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan solat sedemikian rupa.”

Rasulullah SAW dalam sabda baginda yang lain juga bersabda;
“Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan ALLAH yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut tidaklah terjadi kerana kematian atau hidupnya seseorang. Akan tetapi ALLAH menjadikan demikian untuk menakuti hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebahagian dari gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berzikir, berdoa dan memohon ampun kepada ALLAH.” [HR. Muslim no. 912] 
Wallahu'alam. – Kedahnews.com