Mohd Sahrizan hanya menggunakan motosikal untuk mengambil upah membeli dan menghantar barang kepada pelanggan serendah RM2. |
PADANG SERAI - Seperti adiwira di mana sahaja orang memerlukan bantuan dia akan sampai, itulah tugas seorang anak muda berusia 28 yang mengambil upah membeli dan menghantar (runner) pelbagai jenis barang kepada pelanggan serendah RM2.
Mohd Sahrizan Md Rodin atau lebih dikenali sebagai Jan Runner Jalanan berkata, dia melakukan pekerjaan itu kerana tidak mempunyai pekerjaan lain selepas pulang ke kampung halamannya di sini sejak awal tahun ini.
“Selepas puas berfikir nak buat kerja apa, seorang rakan cadangkan saya buat kerja runner, pada mulanya saya juga tak yakin nak cuba.
“Tapi lepas tengok Facebook, di ibu kota sudah ramai yang ambil upah jadi runner, saya mula buat promosi dan hebahkan di laman Facebook.
“Bermula dari seorang pelanggan kemudian dua, tiga dan akhirnya sehingga tidak menang tangan dibuatnya, saya tak sangka ada sambutan,” katanya.
Menurut Mohd Sahrizan, kebanyakan pelanggannya adalah suri rumah kerana mereka sukar untuk pergi membeli barang keperluan harian dan makanan.
“Ada juga yang tak pandai pandu kereta atau malas nak keluar, jadi mereka akan hubungi saya dan minta saya beli sayur, ikan, makanan tengah hari, dan masukkan duit.
“Jadi seawal jam 6.30 pagi, saya akan mula ke pasar beli barang-barang tersebut dan hantar terus kepada mereka.
“Bagi kawasan Padang Serai upahnya hanya RM2, tapi Alhamdulillah kebanyakannya akan bagi lebih,” katanya.
Tambahnya, walaupun pekerjaan itu tidak begitu mempunyai risiko namun saling mempercayai amat penting di antara satu sama lain.
“Kadangkala ada juga pelanggan hanya tempah makanan, tanpa bagi duit, saya akan belikan dulu dan hantar ke rumah.
“Begitu juga khidmat yang memerlukan saya masukkan wang ke dalam bank melalui ATM (mesin wang automatik). Dalam situasi ini, kepercayaan itu penting,” ujarnya.
Katanya, kini pendapatan yang diperoleh setiap hari mencecah RM70 hingga RM80 dan mampu menampung dia dan isterinya yang juga seorang suri rumah.
“Alhamdulillah tak terlalu banyak cabaran, hanya terpaksa berpanas, meredah hujan saja, sehari pendapatan boleh mencecah puluhan ringgit,” katanya.
Mohd Sahrizan juga bercita-cita untuk mewujudkan sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan penghantaran sendiri dan mengambil golongan muda yang menganggur untuk bekerja.
“Saya harap dapat tubuh satu syarikat servis penghantaran sendiri dan bantu golongan muda yang menganggur. Kerja ini lebih bebas,” katanya.
Sumber: Sinar Harian