HARGA minyak mentah global meningkat 5 peratus pada 7 Mac susulan kenaikan harga minyak Brent ke paras melebihi AS$40, iaitu peningkatan tertinggi 2016 dalam sesi dagangan sebelum ini.
Minyak mentah Brent North Sea diniagakan pada AS$40.83 (RM167.44) setong, iaitu meningkat 1.6 peratus berbanding sesi sebelumnya dan satu pertiga lebih tinggi daripada paras terendah yang dicatatkan Januari lalu.
Memetik BBC, Ketua Penganalisis Ekonomi di firma pelaburan komoditi Panmure Gordon, Simon French mengatakan kenaikan secara drastik ini namun dijangka tidak kekal lama dan mungkin akan menurun tidak lama lagi.
“Sebahagian besar perubahan harga minyak beberapa hari ini membuatkan ia dijual pada harga tidak menentu, pelabur beli dengan harga rendah walaupun terpaksa tanggung sendiri risiko jualan,” katanya.
Selain pergerakan harga pasaran, peningkatan harga bijih besi sebanyak 20 peratus di China juga merupakan faktor peningkatan minyak dunia apabila membuatkan permintaan logam dalam sektor perkilangan melonjak.
China salah satu ‘pemain’ terbesar industri keluli dunia begitu terkesan akibat kelembapan ekonomi membawa kepada kejatuhan permintaan terhadap bijih besi – sebahagiannya membawa kepada lebihan bekalan global.
Bijih besi disenaraikan pada AS$63.74 per tan, yang tertinggi sejak Jun 2015 manakala logam itu pernah mencecah AS$38.30 pada pertengahan Disember tahun 2015 lalu.
Penganalisis pasaran OptionsXpress, Ben Le Brun berkata, keadaan harga minyak yang semakin beransur pulih kemungkinan boleh mendorong kepada peningkatan sehingga mencecah AS$40 (RM163.77) setong.
“Dengan mengambil kira keseluruhan makro dan menunjukkan penambahbaikan, maka, saya melihat harga minyak akan meningkat sedikit,” kata beliau.
Dari segi bekalan, firma tenaga Amerika Syarikat mengurangkan kapal penggerudi minyak untuk minggu ke-11 berturut-turut pada minggu lalu dan catat paras terendah sejak Disember 2009 setelah pengeluar mengurangkan kos.
Bagi langkah ketat bekalan masa depan, peniaga berkata, perubahan sentimen meningkatkan harga memandangkan kedudukan jualan dalam jumlah besar akan ditutup dan pertaruhan terhadap peningkatan harga minyak.
Sementara itu, Ketua Penganalisis Pasaran CMC Markets, Ric Spooner berkata, terdapat prospek yang menunjukkan harga Brent boleh mencecah AS$40 (RM163.77) setong pada sesi dagangan seterusnya.
Bagaimanapun, di sebalik peningkatan harga minyak baru-baru ini dan prospek kukuh, para penganalisis memberi amaran bahawa bekalan minyak masih tinggi dan ia kemungkinan boleh mendorong harga kembali jatuh.
Kebanyakan penganalisis masih menganggarkan antara sejuta hingga dua juta tong minyak mentah akan dikeluarkan setiap hari dalam situasi lebihan bekalan.
Ia sekali gus menyebabkan senario banyak lagi tangki dipenuhi dengan minyak yang gagal terjual. -Kedahnews.com