Datuk Dr Awang Adek Hussin |
WASHINGTON – “Hentikan spekulasi saya sebagai Gabenor Bank Negara,” kata Datuk Dr Awang Adek Hussin yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) pada 7 April ini.
Awang Adek yang pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan selama tujuh tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi yang beliau akan menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara bulan depan.
Beliau berkata tarikh 7 April itu adalah tamatnya tarikh pelantikannya sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat untuk tempoh dua tahun, dan beliau tidak mahu menyambung kontrak itu kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.
Awang Adek berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk liputan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.
Ahmad Zahid akan tiba pagi Selasa untuk lawatan kerja selama tujuh hari.
Awang Adek berharap orang ramai dapat menghentikan spekulasi berkenaan kerana keputusannya untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatan sebagai Duta Besar di AS adalah pilihan sendiri.
Apabila dinyatakan bahawa beliau merupakan antara calon yang sesuai memandangkan beliau pernah menjadi penolong gabenor Bank Negara dari 1996 hingga 2001:
“Tak adalah… itu (calon Gabenor Bank Negara) orang lain. Banyak lagi orang lain (yang layak). Saya tidak tahu dan saya rasa tak ada sebab orang selalu cakap saya tak minat (menggantikan Zeti).
“Kita serah pada orang Malaysia, kita ini (duduk) jauh. Saya tak nak buat spekulasi dan tak perlu pun buat spekulasi mengenai nama saya,” katanya.
Awang Adek, yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi dan telah bertugas dengan Bank Negara selama 16 tahun hingga ke jawatan penolong gabenor Bank Negara adalah antara tiga calon yang disebut-sebut paling popular untuk menggantikan Zeti.
Dua lagi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim.
Zeti akan bersara selepas menerajui bank berkenaan selama lima penggal sejak 2000.
Awang Adek, berulang kali berkata beliau memilih untuk kembali ke tanah air semata-mata kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga yang hampir kesemuanya di Kuala Lumpur.
“Saya mahu meluangkan masa dengan keluarga. Saya tak nak sambung,” kata beliaunya yang akan menerima cucu keduanya tidak lama lagi.
Semasa ditanya apa yang akan dilakukanya apabila kembali ke Malaysia nanti, katanya, buat sementara waktu beliau hanya mahu berehat dahulu. – BERNAMA