InStep NanoPower: Jana Kuasa Elektrik Dengan Kasut


TENAGA kinetik yang terhasil daripada pergerakan kaki manusia diubah menjadi kuasa elektrik, ia mampu mampu menghasilkan 20 Watt kuasa.

Ini mencukupi untuk membekalkan kuasa kepada sebuah telefon udah alih yang digunakan. Instepnanopower iaah satu sistem menjana tenaga elektrik menggunakan pergerakan kaki manusia yang dipasang di dalam tapak kasut.

Sistem yang digunakan adalah berbeza dengan yang sebelum ini kerana ia menggunakan sistem cecair. Tekanan kaki pemakai kasut akan menekan cecair di dalam satu sistem tertutup. Buih yang terhasil akan bertukar menjadi kuasa elektrik, kemudian akan disimpan di dalam bateri.


Instepnanopower ini menghasilkan tenaga elektrik antara 1 sehingga 15 Watt bergantung pada kelajuan pergerakkan pemakai kasut tersebut. Bateri yang disertakan boleh dicas sepenuhnya selama empat jam.
Tenaga elektrik yang tersimpan boleh membekalkan kuasa kepada pelbagai alat elektronik seperti GPS atau lampu suluh.


Versi komersial Instepnanopower untuk kegunaan awam sedang dibangunkan dengan kerjasama pengeluar kasut Vibram. -Kedahnews.com