#Islam: Keistimewaan Menggunakan Anggota Sebelah Kanan


DARIPADA Aishah r.a. katanya;
“Bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara yang dibuatnya seperti ketika baginda bersuci, menyikat rambut dan memakai seliparnya,” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Huraian:

1. Mendahulukan anggota kanan di dalam semua perbuatan yang baik seperti ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan lain-lain adalah mengikut sunah Rasulullah SAW.

2. Bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dengan mendahulukan sebelah kanan hukumnya sunat.