#Islam: Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak

Gambar Hiasan
DARIPADA Anas r.a., satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata:
“Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).” - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Huraian:

1. Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik dan membaikkan hati mereka.

2. Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

3. Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Utusan