Izreen Azminda Rimas Dikaitkan Cinta Lokasi

Izreen Azminda
SELEPAS perkahwinan Izreen Azminda dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza hancur, dia sering dikaitkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang seangkatan dengannya.

Kisah Izreen dan cinta lokasi seakan-akan sininom dengan aktres ini. Dia pernah dikatakan bercinta dengan peneraju filem Juvana, Johan As’ari, namun tiada respon dari pihak Johan sendiri.

Johan dan Izreen
Selain Johan, dia juga pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amar Baharin.

Kedua-dua pelakon ini menafikan kisah percintaan mereka yang digembar-gemburkan sekitar hujung tahun lalu. Keintiman peneraju drama Kerana Terpaksa Aku Relakan tidak berpanjangan dan terhenti di tengah jalan.

Amar Baharin dan Izreen pernah digosipkan.
Terbaru, dramatis janda ini dikaitkan hangat bercinta dengan pendatang baru iaitu Redza Rosli. Namun dinafikan oleh Izreen yang kini bahagia dengan kehidupan sekarang dan status solonya.

“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.

“Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” kata Izreen ketika ditemui oleh sebuah portal hiburan.

Redza Rosli
Menurut dramatis ini kepada portal hiburan itu, dia akui rimas sering dikaitkan dengan cinta lokasi dan pelakon-pelakon lelaki lain dan beranggapan bahawa ramai pihak tidak mengetahui hal yang sebenarnya.

“Saya sering dikatakan menjalin hubungan cinta lokasi. Sejujurnya, saya sendiri rasa tidak selesa dan rimas. Pastinya ada pihak yang tidak tahu mengenai keadaan sebenar dan cerita yang tidak betul pun timbul,” tambahnya kepada portal itu. - Kedahnews.com