Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek |
SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu penanaman jagung bijirin dilakukan di luar kawasan jelapang padi bagi mengurang kebergantungan negara kepada pengimportan bahan makanan ternakan ayam.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kini tanah di luar kawasan jelapang padi adalah seluas 280,000 hektar.
“Kita merasakan tanah di luar kawasan jelapang lebih sesuai kerana permukaannya yang rata dan boleh dimulakan proses penanaman,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Kedaulatan Makanan di sini semalam.
Beliau berkata ketika musim kering yang padi tidak sesuai ditanam adalah masa yang sesuai untuk jagung bijirin pula ditanam terutama di kawasan luar jelapang padi.
Tambahan pula hasil dan nilai keluaran bijirin tanaman jagung adalah lebih tinggi berbanding hasil pengeluaran padi yang boleh menarik minat pesawah untuk menyertai program tanaman itu, katanya.
Ahmad Shabery berkata kementerian tersebut sedang mengenal pasti beberapa daerah yang sesuai untuk dijadikan model penanaman jagung bijirin.
Beliau berkata penanaman seperti jagung bijirin merupakan rancangan kementerian untuk memantapkan kedaulatan makanan negara dengan tidak terlalu bergantung kepada bahan import yang dianggarkan import bijirin jagung bagi makanan ayam adalah bernilai RM3.1 bilion setahun.
“Kita tidak boleh terlalu terdedah kepada naik turun nilai dolar (Amerika Syarikat) untuk pengimportan bahan input pertanian. Buat masa ini negara mengimport hampir 100 peratus bahan input pertanian,” katanya. – BERNAMA