Tiz Zaqyah |
Kini mencecah usia lewat 20-an, pelakon Tiz Zaqyah bagaikan tidak dapat lari dari disoal tentang bilakah dia bakal mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang yang dikatakan sering menekan 'anak dara' di zaman ini.
Namun bagi pelakon itu, dia menyatakan bahawa dirinya langsung tidak tertekan mengenai perkara tersebut walaupun ramai rakan artis yang sebaya kini sudah pun mengecap kebahagiaan dengan pasangan masing-masing.
Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Tiz berkata;
"Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirikan rumah tangga.
"Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.
"Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia.
"Lumrahnya seorang perempuan kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya,” ujarnya yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak, Remy Ishak. -Kedahnews.com