Mohd Nashir (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan pistol jenis Pietro Berreta yang dirampas. |
ALOR SETAR - Dua lelaki berasal dari Pulau Pinang ditahan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Pietro Berreta dan satu kelopak peluru, di Plaza Tol Jitra, 22 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, polis turut menemui pelbagai jenis peluru 9mm yang disorokkan dalam dua kotak rokok dalam beg pinggang berwarna merah bersama pistol berkenaan kira-kira jam 10.05 malam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pistol itu diseludup dari negara jiran dan suspek mengakui memilikinya untuk tujuan peribadi.
“Kedua-duanya bekerja sendiri dan seorang mempunyai tiga rekod jenayah melibatkan dadah dan kecurian,” katanya pada sidang media kelmarin.
Mereka kini direman hingga 3 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960.

Sumber: Sinar Harian