Keadaan Ustaz Haron Din Dilapor Kembali Stabil Hari Ini

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz
ALOR SETAR- Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz yang dilaporkan berada dalam keadaan serius setelah menjalani rawatan angioram dan angioplasty di Institut Jantung negara (IJN) semalam.

Anak beliau, Dr Huda Haron dalam satu kenyataan dilaporkan berkata bahawa keadaan itu telah menyebabkan bapanya terpaksa dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk rawatan dan pemerhatian.

Sementara itu memetik laporan terkini tentang keadaan tokoh ulama PAS itu, Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Muhamed Yusoff menjelaskan bahawa keadaan Haron hari ini dilaporkan kembali stabil.

Selasa lalu, Haron dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada dan mencetus spekulasi liar mengenai beliau di media sosial.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco Amerika Syarikat (AS) pada 2 April 2012. -Kedahnews.com