Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah |
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan sara hidup secara one-off atau sekali sahaja kepada 20,000 rakyat negeri ini bermula penghujung Mac ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam kenyataan ringkas berkata, ia bagi membantu meringankan bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup.
"Bantuan berbentuk barangan makanan dari pejabat Menteri Besar itu akan disalurkan melalui 21 pusat khidmat wakil rakyat BN, dan selebihnya melalui penyelaras Dun.
"Adun akan buat pemilihan penerima di setiap Dun mereka, iaitu 500 orang setiap Dun," katanya baru-baru ini. - Bernama