Kembar Seiras Kongsi Teman Lelaki, Idam Nak Mengandung Sekali

Anna dan Lucy DeCinque bersama kekasih mereka, Ben Byrne.
Dua gadis kembar seiras dari Perth, Australia menjadi perhatian ramai apabila mereka mengaku berkongsi teman lelaki dan mengidam untuk sama-sama mengandung dalam tempoh satu masa yang sama.

Anna dan Lucy DeCinque, 30, yang turut mengikuti kaedah diet dan senaman yang sama bagi memperoleh berat yang sama juga membelanjakan lebih RM1 juta (AS$250,000).

Ini bagi melakukan pembedahan implan payudara untuk kelihatan lebih seiras di antara satu sama lain.


Mereka turut merancang untuk hamil pada satu masa yang sama dan kini sedang berusaha untuk tujuan itu dengan teman lelaki yang dikongsi bersama, Ben Byrne, 32, yang merupakan seorang juruteknik.

“Jika Anna berjalan beberapa meter, saya pun perlu mengejar beberapa meter itu kerana kami perlu membakar jumlah kalori yang sama.

“Jenis diet kami amalkan turut sama, makanan diambil pun perlu sama, jumlah liter air sehari diambil juga perlu sama di antara kami berdua,” kata Lucy menjelaskan mengenai obsesi mereka yang perlu kelihatan seiras dan serasi dalam segala hal. – Kedahnews.com