HULU SELANGOR – Kes buli di sekolah seluruh negara tahun lalu berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.
Beliau berkata penurunan itu hasil pelbagai usaha pencegahan yang dilakukan banyak pihak antaranya sekolah, ibu bapa serta Kementerian Pendidikan sendiri.
“Penurunan itu suatu petanda baik dalam usaha kita memerangi gejala buli di sekolah dan kalau boleh kita mahu sifarkan kes buli di sekolah.
“Bagaimanapun, kementerian belum berpuas hati dan menganggap perkara itu masih serius,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kalumpang di Hulu Bernam dekat sini Ahad.
Selain itu, Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor turut melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan kes buli terbaharu yang menyaksikan seorang pelajar dipaksa menggunting lidah sendiri di Klang, Selangor.
“Saya kecewa, sedih dan amat terkejut sebab tidak pernah dengar tahap sampai sebegitu kes buli dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.
Khamis lepas seorang murid tahun dua dikatakan dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli beberapa pelajar tahun tiga di tandas sebuah sekolah di Klang.
Mengulas lanjut, Kamalanthan berkata tindakan sewajarnya ke atas pelajar terbabit dalam kes buli itu hanya akan diambil selepas laporan siasatan polis diperoleh.
“Pelajar yang terlibat harus disemak isu disiplin dan latar belakang mereka selain melihat faktor persekitaran serta pengaruh rakan sebaya sebelum sesuatu tindakan dilakukan,” katanya. – BERNAMA