Mustafa Kamal Shaari |
KULIM - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitu gambaran yang boleh diberikan terhadap penghidap barah otak tahap tiga di Kampung Kepala Titi Sedim, Karangan sejak empat bulan lalu.
Mustafa Kamal Shaari, 42, yang juga bekas pekerja kilang kotak di Nibong Tebal kini tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan dan terbaring lesu di kediamannya.
Isterinya, Suriati Hashim, 38, berkata, penyakit suaminya itu hanya dikesan pada November lalu, namun segalanya sudah terlambat.
“Saya tak tahu dia ada sakit itu, saya dapat tahu lepas dah di tahap kronik. Kalaulah saya tahu awal, boleh juga saya cuba cari penawarnya,” luahnya sayu.
Menceritakan detik mula suaminya itu dikesan menghidapi barah otak tahap tiga, Suriati berkata, Mustafa hanya mengadu sakit kepala dan di bahagian mata sekiranya terlihat cahaya matahari.
“Dia ada mengadu sakit kepala, tapi saya ingat dia sakit kepala biasa. Satu pagi dia bangun nak keluar rumah dan bila terkena cahaya matahari, matanya sakit dan dia nak termuntah.
“Bila saya tengok keadaannya makin pelik dan teruk, saya bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, Suriati berkata, pada waktu itu, doktor hanya mengesyaki Mustafa mempunyai simptom sakit kepala akibat migrain dan diberikan ubat untuk menahan sakit.
“Ketika itu suami hanya diberi makan ubat, tapi keadaannya tak berubah malah semakin teruk sampai tak mampu berdiri dan hanya terbaring.
“Saya bimbang keadaannya makin buruk. Saya bawa semula ke Hospital Kulim dan akhirnya suami dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Suriati tak sanggup suami dibedah lagi
Katanya, di HSB, melalui pemeriksaan di kepala (MRI), doktor mengesahkan Mustafa Kamal menghidap barah otak tahap tiga dan perlu melakukan pembedahan segera.
“Terkejut memang terkejut, terasa dunia gelap sekejap. Tapi sokongan keluarga jadikan saya kuat untuk terima dugaan ini.
“Suami berada di HSB lebih 22 hari juga sebelum dibawa pulang. Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dari sebelum pembedahan, tapi kedua-dua belah mata dia tak lagi dapat melihat," katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, doktor mengesyorkan agar pembedahan kali kedua dilakukan April ini, namun tiada jaminan untuk sembuhkan Mustafa.
“Melihat keadaan suami begini, saya tak sanggup nak buat lagi pembedahan untuk suami, tak apalah saya cuba cara lain. Biarlah saya jaga dia.
“Saya harap suami akan sembuh semula, saya percaya suami akan sembuh. Saya akan berusaha untuk mengubati penyakitnya, namun saya berserah segalanya kepada ALLAH,” katanya reda.
Selain itu, Suriati juga berkata, dia terpaksa membawa suami ulang alik ke hospital di Kulim untuk mengambil ubat dengan bantuan ibu saudaranya.
“Saya tak ada kereta, hanya motosikal yang digunakan suami pergi kerja dulu. Jadi terpaksa minta tolong ibu saudara hantar ke mana saja. Agak susah juga kalau tak ada orang nak tolong.
“Saya juga tak ada sumber pendapatan lain, tapi selepas penderitaan yang ditanggung kami sekeluarga diviralkan, Alhamdulillah saya terima banyak juga sumbangan,” katanya.
Kisah Mustafa mula viral
Malah, bapa mertuanya, Hashim Awang, 62, berkata, anak dan menantunya itu terpaksa berpindah ke rumah pusaka dan menumpang di situ setelah tidak mampu membayar sewa.
“Sekarang mereka terpaksa menumpang di sini, rumah pusaka kerana tak mampu bayar sewa. Saya harap mereka tabah menghadapi semua ini, saya akan sentiasa beri sokongan,” katanya.
Dalam pada itu, kisah malang Mustafa juga telah menjadi viral di media sosial dan kini keluarga tersebut telah mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak untuk meringankan beban mereka termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling.
Menurut Pegawai JKM Baling, Shamsul Izrin, pihaknya telah menjalankan siasatan segera ke rumah pesakit tersebut.
“Hasil siasatan, kita dapati sebelum ini pesakit tinggal di kawasan lain. Kita telah memberi bantuan segera RM300 dari Tabung Bantuan Segera dan pihak kita luluskan bantuan penjagaan pesakit terlantar RM300 setiap bulan bermula April ini,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun bank Public Bank (4-6159319-04) di atas Mustafa Kamal Shaari.
Sumber: Sinar Harian