Kitar Semula, Jenama Kopi Terkenal Dituduh Buat Tuntutan Palsu

Starbucks, Costa, Caffe Nero dan Pret, meninggalkan kekeliruan dalam kalangan pelanggannya berkaitan kempen mesra alam sekitar setelah hanya satu daripada 400 cawan kertas yang diedarkan di kitar semula.

Di Britain, lebih kurang sejuta cawan kertas digunakan setiap hari menyamai 2.5 billion cawan kertas setahun.

Kopi  Costa yang mempunyai 2,000 cawangan kedai di seluruh United Kingdom (UK) mengimplikasikan simbol kitar semula pada logonya. Manakala rangkaian kopi Starbucks pula yang memiliki 760 kedai dalam satu kenyataan berkata;

“Kami (Starbucks) telah mensasarkan sebanyak 100 peratus daripada cawan kami akan diguna atau di kitar semula pada tahun 2015”


Caffe Nero dan Pret kedua-duanya menggunakan tagline ‘100 peratus kitar semula’ namun para pengiklanan mendapati tagline terbabit membuatkan para pelanggannya percaya bahawa cawan kertas itu adalah dari bahan kitar semula dan bukan hanya pada bahagian luarannya sahaja.

Simply Cups dalam kenyataannya, hanya 3 juta sahaja yang di kitar semula pada tahun lepas dan di hantar ke pusat pengitaran semula bagi membuang plastik yang menyelaputinya.

Peter Goodwin dalam kenyataannya kepada The Times, hanya satu peratus sahaja cawan kertas yang di kitar semula oleh rangkaian kopi berkenaan.

Penggemar kopi berjenama itu telah di salah anggap dengan penggunaan logo kitar semula pada cawan itu menandakan ianya akan di kitar semula.

Walhal syarikat rangkaian kopi berjenama itu telah mengambil peluang di atas salah faham yang menyelebungi para pelanggannya.

Ternyata ketiga-tiga jenama kopi terkemuka itu telah mengaburi mata-mata ‘peminatnya’ dengan pelbagai kenyataan yang bersifat ‘mesra alam sekitar.’ - Kedahnews.com