Ahmad (kanan), Mohd Sanusi (dua, kanan), Mohd Azmi (empat, kanan) bersama ahli jawatankuasa Kongres Rakyat Negeri Kedah dan Pas Kedah pada sidang media di pejabat Mapim Wilayah Utara, semalam. |
SUNGAI PETANI - Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah bersama Pas Negeri Kedah akan mengadakan Himpunan Prihatin Untukmu Penoreh di Pekan Sik, 2 April ini.
Pengerusi Kongres Rakyat Negeri, Ahmad Yahya berkata, himpunan itu akan diadakan selepas solat Asar di sebuah masjid dekat situ kira-kira jam 5 petang sebelum bergerak ke pasar malam di pekan Sik.
Menurutnya, himpunan itu juga disasarkan kepada seluruh rakyat yang prihatin dengan nasib penoreh di negara ini.
"Kami sasarkan lebih 5,000 akan menyertai himpunan ini di mana sesiapa sahaja boleh sertainya bagi menyatakan sokongan mereka ke atas tuntutan yang bakal dikemukakan nanti.
“Selain itu, dijangkakan 40 badan bukan kerajaan yang bergabung dengan Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah turut serta membantu menjayakan himpunan ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Wilayah Utara, di Jalan Sungai Layar, di sini, semalam.
Ahmad berkata, himpunan itu tidak sekadar berkumpul beramai-ramai kerana selepas ini, suara penoreh akan diteruskan menerusi beberapa langkah yang lain.
"Antaranya membuat memorandum untuk disampaikan kepada Naib Presiden Pas, Idris Ahmad ke peringkat Parlimen bagi membela nasib penoreh di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Pengerusi Lujnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas Malaysia, Mohd Sanusi Md Nor berkata, pada himpunan itu, pihaknya akan mengemukakan beberapa tuntutan.
“Tuntutan utama ialah harga lantai sekerap ditetapkan pada RM4 sekilogram. Diikuti, sukatan kandungan getah kering ditentukan di makmal bukannya lagi ikut andaian kasar oleh pengilang atau Lembaga Getah Malaysia (LKM) hanya sekitar RM2.20 hingga RM2.40.
“Seterusnya, reformasi agensi-agensi dan kepimpinan pertubuhan pekebun kecil getah dan juga meminta Kerajaan Pusat melaksanakan skim subsidi tanaman semula dan subsidi baja getah serta hentikan pemotongan cukai,” katanya.
Mohd Sanusi berkata, tuntutan harga getah sekerap pada RM4 sekilogram adalah munasabah dan selaras slogan kerajaan bahawa pertanian adalah perniagaan.
“Bagi industri kecil dan sederhana (IKS), kerajaan mengesyorkan margin keuntungan yang paling minima 30 peratus.
“Mengikut kiraan itu, 30 peratus menjadikan harga yang wajar bagi sekilo getah sekerap adalah RM4 banding dengan kos untuk mengeluarkan sekilo getah pada waktu ini adalah RM3.20 sekilogram,” katanya.
Tambahnya, pemulihan menyeluruh bagi sektor industri getah perlu dilakukan dengan mempelbagaikan pendapatan penoreh atau pemilik pekebun.
“Pada masa kini, sektor pembuatan perabot guna kayu getah sudah menjadi industri yang paling besar di seluruh dunia. Di mana, permintaan untuk kayu getah bergergaji adalah tinggi.
“Tetapi, di negara ini pula mengenakan sekatan mengehadkan kuota kayu getah bergergaji untuk dieksport.
“Sekiranya sekatan ini dibuka, pasaran kayu getah meningkat. Di mana sektor getah boleh dipulihkan bila kerajaan tidak mengenakan sekatan eksport kayu menjadi sektor utama getah,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia yang juga Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berharap Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri tidak mengenepikan suara penoreh.
Sumber: Sinar Harian