AKHIRNYA terjawab sudah nama rasmi stesen radio terbaharu di bawah naungan Media Prima Radio Networks yang dikenali sebagai Kool FM.
Sebelum ini, Hot FM ada menganjurkan kuiz meneka nama stesen radio baharu tersebut yang turut mendapat sambutan dalam kalangan selebriti tempatan.
Majlis pelancaran Kool FM diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 1 Mac.
Adik bongsu kepada stesen radio Hot FM, Fly FM dan One FM itu bersiaran menerusi frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang.
Kool FM yang bertaglinekan ‘Temanmu, Muzikmu’ akan memulakan operasinya bermula 3 Mac dan bakal diwarnai dengan celoteh enam penyampai radio berpengalaman.
Antaranya, bekas penyampai Hot FM, AG bergandingan dengan penyanyi Haiza menerusi segmen pagi bermula 6 pagi hingga 10 pagi, Liza (10 pagi hingga 3 petang) serta Ikhwan dan Farid (3 petang hingga 7 malam) dan Ezaq (8 malam hingga 12 tengah malam).
Stesen radio ini akan memfokuskan kepada lagu-lagu era 1980-an, 1990-an dan terkini merangkumi lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia. –Kedahnews.com