Lana Nodin Diminta Suami Tidak Hebah Bayi Sulung, Gia Quinn


PELAKON Lana Nodin akhirnya mengesahkan bahawa dia sudah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Januari lalu.

Lana melahirkan Gia Quinn Mckienzie di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Gia selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 4 kilogram itu merupakan hasil perkongsian hidup aktres itu dengan suaminya, pemain bola tampar pasukan Amerika Syarikat, David Mckienzie.

Menurut Lana dia tidak menghebahkan kelahiran anaknya itu adalah kerana di atas permintaan suaminya.

Lana bagaimanapun berkata dia dan suami tidak keberatan untuk memperkenalkan puteri mereka kepada umum namun akan mengambil waktu yang sesuai untuk tujuan itu.

Memetik Harian Metro, Lana menjelaskan, “Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara”.

Tahniah diucapkan buat Lana dan suami, semoga kehadiran Gia menambahkan seri lagi dalam keluarga kecil Lana. –Kedahnews.com