Seramai 36 pengawal keselamatan menuntut gaji tunggakan selain meminta pihak pengurusan ditukarkan. |
SUNGAI PETANI - Seramai 36 pengawal keselamatan sekolah di sini melakukan piket menuntut syarikat pengurusan ditukarkan berikutan bayaran gaji tidak memuaskan.
Mereka turut melancarkan mogok selama 24 jam bagi melakukan demonstrasi di hadapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda Yan, selain menyerahkan memorandum di pejabat itu, kelmarin.
Mohamad Rosli Din, 53, berkata, masalah itu menyebabkan kesemua pekerja berdepan krisis kewangan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.
“Ada yang tanggung isteri dan anak-anak dengan gaji sebagai pengawal keselamatan, apabila berdepan masalah, seluruh ahli keluarga turut terkesan.
“Ada juga antara kami yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU), ada yang masih menyara ibu bapa yang sudah tua dan antaranya juga menanggung pembelajaran anak yang kini sedang berada di institut pengajian tinggi.
“Macam mana kami nak hidup kalau gaji dah dua bulan belum terima sepenuhnya, ditambah pula dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu,” katanya.
Mohamad Rosli, yang sudah 11 tahun menjadi pengawal keselamatan juga kecewa kadar gaji yang ditawarkan pengurusan baharu yang diambil alih sejak Januari, agak rendah berbanding majikan terdahulu, malah mereka masih gagal melunaskan bayaran.
Zulkifli Abd Rahman, 58, pula berkata, dia sudah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan sejak 2004 dan tidak pernah berdepan dengan isu gaji, namun sejak pengurusan baharu diambil alih, bayaran gaji tidak seperti dalam perjanjian.
Md Suib Ismail, 57, berkata, ini kali pertama dia berdepan isu gaji sejak 10 tahun menjadi pengawal keselamatan.
“Mereka janji nak bayar kami RM1,400 (sebelum sah jawatan) sebulan, tapi kini hanya terima RM900, itu pun dimasukkan ke dalam akaun secara berperingkat,” katanya.
Sementara itu, ibu tunggal, Faizah Md Saad@Ismail, 46, berkata, dia menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan sebelum pentadbiran diambil alih, namun majikan baharu menjanjikan gaji RM1,600 sebulan sekiranya disahkan jawatan.
“Sepatutnya, kami semua tak perlu disahkan jawatan lagi kerana semua pekerja sudah berpengalaman,” katanya.
Faizah turut bersetuju sekiranya pihak pengurusan ditukarkan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Difahamkan, bayaran gaji kepada kesemua 36 pekerja dibuat secara berperingkat bermula 5 Februari sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam bank, kemudian RM200 lagi pada 19 Februari dan diikuti RM500 pada 25 Februari.
Satu laporan polis telah dibuat pengawal keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada 13 Mac lalu, akibat ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan baru.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai isu itu namun akan meneliti secara serius sekiranya benar berlaku.
“Syarikat tersebut sepatutnya mematuhi syarat dan terma ditetapkan, sekiranya gagal, mereka berhak disenaraihitamkan dari menerima pembahagian kontrak yang ditawarkan kerajaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian