Mahfuz Muak Dengan Titah YDP Agong, Majlis Raja-Raja Puji Kerajaan

Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR – Ketaksuban pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar ke atas ideologi politik Pakatan Harapan semakin menjadi-jadi apabila sanggup menghina titah Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

Mahfuz melemparkan penghinaan ke atas Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong apabila mendakwa rakyat sudah muak dengan titah Yang di-Pertuan Agong memuji kerajaan dalam setiap kali titah perasmian sidang Parlimen.

“Majlis Raja-Raja perlu memastikan titah ucapan tersebut tidak lagi bersifat memuji kerajaan dan “Perdana Menteri Beta”. Apa yang diharapkan rakyat ialah Raja pelbagai kaum menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

“Rakyat sudah muak dengan puji memuji kerajaan dan budaya bodek dan mengampu,” katanya penuh biadap dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, kata Mahfuz, beliau mahu Majlis Raja-Raja mengisi Titah Perasmian Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong menghentam kerajaan.

Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena merupakan pemimpin PAS yang taksub dengan ideologi politik anarki Pakatan Harapan namun terus kekal dalam PAS untuk menjadi duri dalam daging. –Kedahnews.com