"Mahligai Pirates of the Caribbean" Untuk Dijual, RM7.6 Juta


Sebuah rumah agam luar biasa yang bertemakan dunia lanun di California, Amerika Syarikat kini dijual dengan harga £1.3 juta (RM7.6 juta).

Rumah fantasi ala Sepanyol ini dihiasi dengan seni bina dan dilengkapi dengan barangan yang berkaitan dengan laut dan kapal.

Sekali imbas, kediaman yang terletak di Riverside County ini membawa anda ke dunia Pirates of the Caribbean, sebuah filem berkaitan lanun terbitan Disney.


Rumah ini mempunyai segala-galanya termasuk bilik teater 16 tempat duduk, dinding yang dihiasi dengan cat merah dan bilik permainan serta bar.

Patung kru kapal juga diletakkan di seluruh rumah, malah ruangan dapur juga dihiasi dengan ukiran patung kayu wanita, yang biasanya ditemui pada bahagian depan kapal.



Di bilik tidur utama pula terdapat gimnasium dan dihiasi dengan perhiasan aneh seperti harta karun dan kemudi kapal.

Bilik itu mungkin yang paling menonjol kerana perincian rekaannya dari pelbagai hiasan, termasuk dua tingkap kaca kotor yang menarik.



Rumah unik ini turut mempunyai gua tempat penyimpanan wain yang boleh menyimpan kira-kira 2,500 botol wain bermutu tinggi.

Broker hartanah Realtor memberitahu, pemilik kediaman itu mengambil masa 20 tahun untuk mengubahsuai dan menghias rumah berkenaan sesuai dengan cita rasa mereka.


Selain itu, rumah ini juga mempunyai halaman yang besar dan kolam lagun dengan air terjun tropika dan gua kecil.

Walaupun mempunyai hiasan dalaman yang menakjubkan tetapi jika dilihat dari luar ia kelihatan seperti sebuah rumah besar biasa.

Sumber: myMetro