Anggota JPAM mengalih dan membersihkan khemah yang rosak akibat pusaran angin. |
SUNGAI PETANI - Lebih 200 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di sebuah rumah di Taman Ria, di sini, petang kelmarin, berdepan detik cemas apabila khemah yang dipasang pada majlis itu diterbangkan pusaran angin seolah-olah puting beliung kecil.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, tetamu termasuk ahli keluarga yang menghadiri majlis kenduri kahwin mempelai Mohamad Amirul Zainal Abidin, 28, dan Siti Razema Abd Razak, 28, didapati bertempiaran lari apabila khemah terangkat sebelum menghempap bumbung rumah keluarga pengantin dan jirannya.
Selain rumah keluarga pengantin, bumbung tiga rumah bersebelahan turut rosak akibat dihempap khemah yang diterbangkan itu.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang berlaku meskipun khemah rosak teruk.
Kenduri yang berlangsung di rumah Abd Razak Saad dan isteri, Latifah Hashim bukan hanya bertukar kecoh tetapi makanan yang dihidangkan kepada lebih 300 tetamu juga rosak akibat kejadian itu walaupun cuaca tidak hujan.
Abd Razak berkata, ketika kejadian dia berada di luar khemah sedang melayan saudara mara dan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya.
Menurutnya, keadaan cuaca sebelum itu agak baik sebelum berlakunya pusaran angin menyebabkan tiga daripada empat khemah yang dipasang terangkat sehingga ke paras bumbung rumah.
"Waktu itu ramai tetamu dan ahli keluarga sedang makan. Ada yang sempat lari ada juga tak sempat keluar dan menjerit ketakutan.
"Apa pun saya bersyukur tak ada yang buruk berlaku. Cuma ada beberapa orang cedera ringan," katanya.
Katanya, itu adalah kejadian pertama kali menimpa di kawasan perumahannya.
"Sebelum ini pernah berlaku tapi agak jauh dari sini.
"Semalam pun ada sebuah rumah rosak akibat angin kuat. Waktu itu cuaca seperti biasa, tak ada hujan pun sebelum atau selepas kejadian," katanya.
Siti Razema berkata, ketika kejadian dia baru masuk ke dalam rumahnya bersama suami selepas menikmati hidangan makanan.
"Tiba-tiba dengar bunyi riuh suara orang menangis dan menjerit.
"Lepas keadaan kembali normal, tetamu yang hadir bantu keluarga kami alihkan dan kemas barangan yang bersepah serta makanan bertaburan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, empat anggotanya bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada jam 3.32 petang.
“Pihaknya melakukan pembersihan melibatkan serpihan bumbung yang bertaburan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan penghuni rumah di kawasan berdekatan terjamin,” katanya.
Susulan kejadian itu, difahamkan penghuni rumah yang terjejas akibat kejadian tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Sumber: Sinar Harian