Makin Ramai Rakyat US Risau Jika Trump Jadi Presiden

Calon Republikan, Donald Trump
WASHINGTON DC – Semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mengunjungi pakar terapi untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan kemungkinan calon Republikan, Donald Trump, terpilih menjadi presiden ke-45 negara itu.

Akhbar berpengaruh Washington Post dan Wall Street Journal mendedahkan pakar psikologi melaporkan peningkatan dalam pesakit yang dapat mendapatkan rawatan berikutan apa yang dilabelkan sebagai ‘kebimbangan Trump.’

Ia termasuk keresahan dalam kalangan pakar psikologi sendiri dan mendakwa ia ‘antara sebab Trump membuatkan penduduk AS bimbang adalah beliau sendiri tidak kelihatan resah.

“Ia (Trump) menakutkan,” seorang pakar psikologi dipetik sebagai berkata, sehari selepas perbahasan calon presiden di Detroit.

Punca lain yang menyebabkan peningkatan tekanan yang dikaitkan dengan Trump adalah apabila hartawan itu mengecam nilai sosial dan ‘tidak dikenakan tindakan.’

Sumber: Berita Harian