KUALA LUMPUR – Peserta Malaysia berjaya menjuarai ketiga-tiga acara yang disertai di persidangan antarabangsa Kolokium ASEAN (TAC) 2016 yang berlangsung di Bangkok, Thailand dari 18 hingga 21 Feb lepas.
Pengarah Global Leadership Institute (GLI) bagi Malaysia Nive Yong Chuan Ling berkata peserta Malaysia Tamil Vaani Karunanithy menjuarai Pertandingan Syarahan Spontan Global bagi kategori individu manakala Khairul Anwar Mohamad Zaki bersama Nur Amalina Mohamad Zaki menjuarai pertandingan ‘Pertandingan Pelan Pemasaran Dunia (berpasangan).
Aaron Cheong Chee Qing bersama pasangannya dari Filipina, Nikki Palaruan pula menjuarai pertandingan ‘Analisis Kes Perniagaan Antarabangsa’ (berpasangan).
“Delegasi Malaysia telah berjaya mencipta kejayaan yang amat membanggakan apabila menjuarai kesemua pertandingan yang disertai, mengalahkan para peserta dari negara-negara lain,” katanya dalam sidang media mengumumkan kejayaan itu.
Sejumlah empat acara dipertandingkan di persidangan itu yang menguji kemahiran perniagaan, namun Malaysia tidak menyertai satu lagi acara yang dipertandingkan iaitu Pembangunan Kepimpinan Global dan Cadangan Penyelidikan.
Nive yang juga Duta Program TAC 2016 berkata para pemenang akan mempunyai peluang eksklusif menyertai acara anjuran GLI yang lain dengan tema-tema yang berbeza, selari dengan tema Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) TAC 2016 yang dianjurkan oleh GLI, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan aktiviti berlandaskan rangka kerja SDGs (Matlamat Pembangunan Mampan) PBB, telah menyaksikan penyertaan 20 delegasi dari Malaysia bersama 200 deligasi antarabangsa yang lain.
Seorang pemenang yang ditemui Khairul Anwar yang juga seorang ahli perniagaan, berkata kemenangan sulung beliau bersama adiknya Nur Amalina itu akan dijadikan titik permulaan untuknya menyertai lebih banyak pertandingan dan persidangan di peringkat antarabangsa kelak.
Pada Pertandingan Pelan Pemasaran Dunia’, Khairul dan Nur Amalina diberi tugasan menyediakan pelan pemasaran bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.
Cheong pula yang merupakan pelajar tahun dua di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Malaysia, berkata beliau dan pasangannya diberi tugasan menyelesaikan sebuah senario perniagaan.
“Walaupun saya pelajar perubatan namun saya begitu minat bidang perniagaan dan saya ingin menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang ini. Objektif utama saya mendalami bidang perniagaan adalah untuk membantu menyelesaikan masalah pengangguran di negara ini,” katanya. – BERNAMA