Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bercakap pada sidang media selepas selesai sesi pagi Persidangan 'The Bali Process', hari ini. - Foto BERNAMA |
BALI – Malaysia telah mencapai kesepakatan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk menubuhkan pasukan petugas bersama bagi mengatasi masalah pengeluaran kad palsu UNHCR oleh sindiket.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara tindakan segera yang diambil oleh pasukan petugas bersama itu ialah meminta semua pemegang kad UNHCR terlibat membuat pendaftaran semula.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan Penolong Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Volker Turk, di sini semalam.
“Kami bersetuju menambah langkah-langkah keselamatan kepada kad UNHCR sedia ada dan pendaftaran perlu dilakukan semula untuk pemegang-pemegang kad UNHCR
yang tulen,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis perasmian persidangan Bali Process yang berlangsung di sini hari ini.
Pihak berkuasa Malaysia telah mendapati terdapat sindiket pengeluaran kad palsu UNHCR dan ia adalah antara faktor kebanjiran warga asing termasuk pelarian yang tidak diiktiraf ke Malaysia.
Setakat Ogos 2015, terdapat 153,000 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia dan majoriti daripada mereka iaitu 93 peratus adalah dari Myanmar dan bakinya antara lain dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq, Iran dan Palestin.
Sindiket pengeluaran kad UNHCR palsu itu dikesan sejak beberapa tahun lepas apabila pihak berkuasa Malaysia pernah menahan rakyat negara asing yang memegang kad UNHCR tetapi apabila disiasat, kad itu didapati palsu dan mereka yang terbabit mengakui memasuki Malaysia secara haram.
Ahmad Zahid berkata selain itu, Malaysia dan UNHCR juga bersetuju untuk bekerjasama berhubung ketibaan migran Syria seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Persidangan Ke-70 Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York pada Oktober tahun lepas.
“Saya turut akan mempengerusikan satu Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) mengenai migran Syria ini dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, berhubung kenyataan negara bersempena persidangan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia menggesa supaya penjenayah pemerdagangan manusia dihadapkan ke muka pengadilan di samping mengkaji aspek undang-undang yang boleh dilaksanakan bersama.
Katanya, kesemua negara anggota Bali Process mahu penyelesaian praktikal dalam menangani punca sebenar kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia kerana jenayah itu semakin membimbangkan.
“Penjenayah kini berjaya memperdayakan pelbagai golongan terutama wanita dan kanak-kanak … usaha bersepadu perlu dilaksanakan bagi menghalang penjenayah ini untuk memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi menjayakan kegiatan mereka,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, persidangan itu juga mahu satu pendekatan bersepadu untuk memastikan negara sumber perlu bertanggungjawab terhadap rakyat mereka yang memasuki negara lain secara tidak sah.
“Saya yakin kesediaan semua negara untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mereka bagi membanteras penyeludupan dan pemerdagangan manusia mampu menyediakan pangkalan data bagi membentuk strategi bersepadu”.
Katanya pendekatan jangka panjang amat perlu untuk menghapuskan kegiatan penjenayah itu yang boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan negara dan ketenteraman awam di sesebuah negara.
Ahmad Zahid berkata negara-negara sumber yang menghadiri persidangan turut bersetuju untuk membuat kawalan lebih ketat di kawasan sempadan negara masing-masing sebagai usaha membanteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke negara jiran.
“Kita akui bukanlah mudah untuk membuat sekatan terutamanya rakyat yang mahu berhijrah mencari rezeki ke negara lain terutamanya mangsa pemerdagangan tidak menganggap mereka sebagai mangsa sebaliknya memganggap ia sebagai peluang,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai usaha tambahan bagi kawalan keselamatan negara daripada dicerobohi pendatang tanpa izin, kerajaan akan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan sempadan dengan membina semula pagar sempadan di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak selain menggunakan alat dron dan satelit untuk pemantauan.
“Kita tahu terdapat banyak lorong-lorong tikus yang kini telah menjadi lorong gajah dan pagar-pagar sempadan dirosakkan dan kita telah dan sedang mengambil tindakan mengenainya,” katanya.
Mesyuarat Ke-6 Peringkat Menteri Bali Process dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Menteri Luar Australia Julia Bishop dan ia disertai 48 negara anggota, Pertubuhan Antarabangsa Mengenai Migrasi (IOM) dan UNHCR.
Mesyuarat ini adalah pentas utama serantau dalam menangani isu mengenai pemerdagangan manusia, penyeludupan migran termasuk jenayah rentas sempadan di rantau Asia Pasifik. – BERNAMA