Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai |
KUALA LUMPUR – MCA sekali lagi menyatakan sokongan padu parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebarang tindakan untuk mensabotaj kepimpinan Najib adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi kini yang penuh cabaran.
Semua pihak, katanya perlu menyokong usaha Najib dalam memimpin negara untuk mengharungi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi.
“Ini adalah pendirian tegas MCA, iaitu menyokong kuat kepimpinan perdana menteri.
“Tahun ini kita perlu menghadapi lebih banyak cabaran khususnya ketidaktentuan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup rakyat,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan bangunan baharu MCA Kepong yang bernilai RM7 juta di sini.
Justeru katanya, sebarang tindakan untuk menjatuhkan perdana menteri akan menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi yang dihadapi.
Mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin veteran negara yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bergabung dengan pihak pembangkang untuk mendesak Najib meletakkan jawatan, Liow menyifatkan gabungan itu sebagai satu pakatan yang bercelaru.
“Kita tidak dapat bersetuju dengan mereka yang berkompromi dengan prinsip politik mereka sendiri.
“Rakyat dapat lihat semua ini adalah agenda politik masing-masing dan ini bukan untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Katanya, sebagai bekas pemimpin, golongan ini perlu sedar dengan sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia, oleh itu sebarang usaha untuk menolak seseorang pemimpin perlu melalui sistem pilihan raya yang ada.
“Sepatutnya mereka menggunakan saluran yang betul (pemilihan dalam parti dan pilihan raya umum), bukannya melalui retorik untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Liow mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu pelan tindakan nasional untuk menangani masalah migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar secara komprehensif.
Beliau berkata tumpuan kepada migrasi penduduk dan kebajikan rakyat di bandar adalah penting dan berupaya untuk membantu Barisan Nasional meraih semula sokongan pengundi bandar. – BERNAMA