Marshanda |
BARU-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pengakuan seorang pengemis yang mendakwa dirinya merupakan bapa kandung kepada aktres dan penyanyi popular tempatan, Marshanda.
Pengakuan itu dibuat selepas pengemis yang dikenali sebagai Irwan Yusof itu ditahan oleh pihak berkuasa Jakarta kerana didapati mengemis di bandar raya tersebut, pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Marshanda yang popular di Malaysia menerusi drama sinetron Putri Yang Terbuang mengesahkan perkara tersebut.
Menurut Marshanda, dia tidak malu mengaku pengemis itu adalah bapanya dan dia gembira dapat bertemu semula dengan lelaki itu.
“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.
“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya.
.

Pada masa yang sama, Marshanda turut memberitahu, hubungannya dengan bapa, Irwan Yusuf menjadi renggang selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya kira-kira 15 tahun lalu.
Bagaimanapun, jelasnya hubungan antara mereka terputus selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.
“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa,” katanya selepas melawat bapanya di sebuah rumah perlindungan di Jakarta.
Difahamkan, Irwan menjadi gelandangan sejak tiga bulan lalu selepas bengkel besi tempatnya bekerja ditutup.
Dalam perkembangan terbaru, bapa Marshanda telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.
Berita Marshanda mengaku bapanya adalah seorang pengemis kini hangat diperkatakan netizen termasuklah memuji sikap bintang jelita itu menerusi media sosial di Indonesia.
Sebelum ini, Marshanda pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani. -Kedahnews.com