Gambar Hiasan |
Soalan: Saya ingin mohon pencerahan tentang tafsiran mimpi. Baru-baru ini saya ada bermimpi dibaham oleh ular sawa. Apakah maksud mimpi tersebut ustaz? sehingga hari ini saya tidak dapat menangkap maksud mimpi tersebut.
* AA, Kuala Lumpur
Jawapan UKE:
Bukan semua mimpi mempunyai makna. Ia bergantung pada masa atau waktu anda bermimpi. Ada mimpi yang merupakan mimpi baik dan benar.
Ada juga mimpi gangguan daripada syaitan dan ada juga sekadar mainan tidur. Untuk menjawab persoalan anda, maka hendaklah diperincikan bila anda bermimpi sebegitu. Awal malam atau siang hari?
Mimpi yang ada malam ialah mimpi selepas tengah malam, bukan awal malam atau siang hari.
Mimpi dibaham ular adalah satu bentuk mimpi daripada syaitan yang ingin mengganggu emosi anda. Sebab itu, mimpi begitu jangan dihebohkan dan selepas terjaga dari tidur, pergilah berwuduk dan tidur di tempat lain.
Sumber: Utusan