Nasi Beriani Punya Pasal, Pengantin Perempuan Batal Kahwin..!

Gambar Hiasan
Hanya gara-gara nasi beriyani, sepasang kekasih di India tidak dapat disatukan apabila kedua-dua ahli keluarga mereka berbalah di antara satu sama lain.

Pihak keluarga pengantin lelaki dikatakan tidak dapat menerima makanan yang mengandungi 30 kilogram nasi beriyani ayam yang dihantar kepada mereka sebagai hantaran kepada pihak pengantin.

Sebaliknya, mereka mengatakan sebelum ini dari hasil perbincangan pihak keluarga perempuan bersetuju untuk menghadiahkan nasi beriyani kambing kerana semua ahli keluarga pihak lelaki tidak makan nasi beriyani ayam.

Mengikut tradisi penganut Hindu, pengantin perempuan yang perlu memberi hantaran kepada pengantin lelaki.

Perselisihan faham itu dikatakan dapat diselesaikan namun ia kembali diungkitkan pada malam perkahwinan pasangan itu minggu lalu.

Melihat ketegangan dalam majlis perkahwinan itu, pengantin perempuan akhirnya mengambil keputusan enggan meneruskan pernikahannya selepas melihat sendiri tingkah laku buruk keluarga bakal suaminya.

Berusaha memujuk pengantin perempuan, pihak pengantin lelaki akhirnya mengalah untuk menerima hantaran tersebut namun semuanya sudah terlambat apabila pengantin perempuan tetap bertegas dengan keputusannya yang enggan meneruskan majlis tersebut. –Kedahnews.com