Netizen Kecoh Tentang Gambar Pramugari Air Asia Solat Dalam Pesawat


Seringkali kerjaya sebagai kru penerbangan atau pramugari mencetus pelbagai persepsi dan pandangan tipikal yang membabitkan pemakaian seksi dan gaya hidup bebas.

Bagaimanapun, tidak sepatutnya mana-mana manusia menilai kedudukan manusia yang lain di sisi Tuhan Yang Maha Esa.

Dua keping gambar ini membuktikan, walaupun sedang sibuk bekerja di atas awan namun ia tidak bermakna kesemua pramugari lupa menunaikan ibadah solat.

Apa yang dilakukan pramugari ini harus dipuji dan sah-sah dia terhindar daripada dosa meninggalkan solat.


Namun begitu, ada pula netizen yang sengaja memandang dari sudut lain dan mengaitkannya dengan hukum amalan lain seperti dosa tidak menutup aurat pula, sedangkan subjek sebenar ialah tentang kewajipan solat.

Harus diingat, syurga dan neraka seseorang hamba itu ditentukan oleh keredaan Allah Taala maka tidak usahlah kita sibuk menghitung dosa dan pahala orang lain.

Mudah mudahan kita semua diberikan hidayah olehNya. -Kedahnews.com