Noraini bersama ayam kaki empatnya yang dibela lebih dua minggu. Gambar kecil: Hanya dua kaki boleh bergerak. |
KULIM - Seorang pekerja kilang papan terkejut apabila ayam yang dibelanya di Kampung Sungai Tengas di sini, sejak dua minggu lalu, mempunyai empat kaki.
Noraini Zainol, 50, berkata, dia tidak menyangka anak ayam terbuang yang diambilnya dari ladang berdekatan rumahnya itu mempunyai empat kaki.
“Saya selalu ambil anak-anak ayam yang dibuang di satu ladang berdekatan untuk dibela dan bila dah besar bolehlah makan.
“Semasa kecil, ayam ini tak nampak ada empat kaki, tapi bila dah bela dua minggu, saya terkejut ada dua lagi kaki di bahagian bawah ayam itu,” katanya.
Katanya, walaupun ada empat kaki, namun hanya dua kaki boleh digunakan untuk ayam itu bergerak.
“Dua lagi kaki tak boleh bergerak pun, ayam ini seperti ayam biasa juga mampu bergerak, berlari dan sihat saja,” katanya.
Tambahnya, walaupun pada mulanya hasrat membela ayam tersebut untuk dimakan, namun melihat keanehan tersebut dia tidak tergamak untuk berbuat demikian.
“Pada mulanya, memang niat nak bela dan bila besar nak makan, tapi ini pertama kali dalam hidup saya lihat ayam kaki empat, jadi tak sampai hati nak makan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebelum ini dia juga pernah membela ayam yang mempunyai dua paruh.
“Ramai yang datang lihat keanehan ayam tersebut, tapi ayam tersebut dah mati,” katanya.
Sumber: Sinar Harian