Paha Rabak, Pinggul Berlubang Gara-Gara Kerbau "Mengamuk"

ROSNAN parah selepas paha, punggung dan buku lalinya cedera ditanduk kerbau.
Dungun – Pahanya rabak selain pinggulnya berlubang ditusuk tanduk seekor kerbau menyebabkan seorang pekerja ladang kelapa sawit mengakui dirinya trauma selepas berhadapan detik mencemaskan ketika haiwan itu bertindak agresif.

Kejadian di FELDA Jerangau, Dungun, jam 12.30 tengah hari kelmarin berlaku selepas mangsa, Rosnan Kandas, 39, cuba meleraikan pergaduhan dua kerbau yang berlawan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila seekor daripada kerbau berkenaan menyerangnya hingga parah.

Wartawan Khairul Hamizy Ramlee menemu bual Rosnan yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Sumber: myMetro