Tau Fu Fah |
DALAM keadaan cuaca panas melampau sekarang, dapat menikmati Tau Fu Fah sejuk pastinya memberi kepuasan dan kenikmatan tidak terhingga.
Biasanya, sesiapa yang ingin menikmati Tau Fu Fah memilih untuk pergi mendapatkan juadah pencuci mulut ini di pasar malam ataupun di gerai-gerai tepi jalan berbanding membuatnya sendiri dirumah.
Ini kerana ramai yang berpendapat pembuatannya agak rumit dan memakan masa lama kerana perlu merendam kacang soya dan lain-lain.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fida Fyda telah berkongsikan cara mudah membuat Tau Fu Fah di rumah iaitu dengan hanya menggunakan air kotak soya dan agar-agar.
Resipi pembuatan Tau Fu Fah ini telah menarik perhatian netizen khususnya kaum hawa hinggakan ianya mendapat lebih daripada 2,700 shares di Facebook.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 Kotak Air Soya
1 Paket Agar-agar bertali
1 Cawan Air
1 Ketul Gula Melaka
Cara-caranya:
1. Masak agar-agar bersama secawan air
2. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan dua kotak air soya
3. Masak beberapa minit dan tutup api
4. Tapis air rebusan soya dan agar-agar sebelum masukkan dalam bekas
5. Sejukkan air rebusan tersebut selama 30 minit
6. Apabila air rebusan itu telah keras boleh dihidang bersama air gula melaka atau air gula.
Selamat mencuba! -Kedahnews.com