Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Pejabat Meteorologi Kedah tidak menolak kemungkinan suhu di negeri-negeri Utara, khususnya Kedah dan Perlis mencecah 40 selsius menjelang fenomena ekuinoks bermula hari ini hingga tempoh seminggu.
Pengarahnya, Rosli Zakaria berkata, ini kerana berdasarkan rekod pada tahun-tahun sebelumnya, Alor Setar dan Chuping, Perlis pernah merekodkan bacaan suhu 39.1 selsius kelmarin, selain pada tahun 1998.
“Jangkaan suhu sepanjang tempoh itu bermula hari ini hingga 27 Mac, ketika berlakunya ekuinoks, iaitu apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara menyebabkan cuaca lebih panas,” katanya.
Bagaimana pun, katanya, suhu bagi tempoh itu diramalkan sekitar 37 hingga 38 selsius,dan kemungkinan melonjak kepada 40 selsius, sekiranya hujan tidak turun.
Rosli berkata, cuaca panas ekstrem yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Malaysia bukan hanya disebabkan oleh fenomena ekuinoks, kerana ia berlaku dua kali setahun.
“Setiap tahun berlaku ekuinoks, iaitu pada sekitar Mac dan September. Namun tahun ini suhu lebih panas berikutan berlaku El Nino yang kuat, ditambah pula langit cerah dan ketiadaan awan menyebabkan cuaca kering,” katanya.
Menurutnya, sekiranya ekuinoks dikatakan punca cuaca panas, ia kurang tepat kerana Malaysia tidak berada betul-betul di atas garisan khatulistiwa, sebaliknya berada lima darjah daripada garisan tersebut.
“Ekuinoks bukan penyumbang kepada cuaca yang lebih panas kerana setiap tahun suhu tertinggi di Malaysia direkodkan seminggu selepas ekuinoks. Contohnya, suhu paling panas 40.1 Selsius di Chuping, Perlis pada 1998 berlaku seminggu selepas ekuinoks,” katanya.
Rosli berkata, peralihan ke monsun barat daya menyebabkan hujan berkurangan dan suhu meningkat, di mana kebetulan pada tahun ini, penghujung monsun timur laut bertembung dengan fenomena El Nino kuat, menyebabkan peningkatan suhu sehingga menyebabkan kemarau, cuaca kering dan panas.
“Dijangkakan awal atau pertengahan April, suhu mulai turun namun cuaca masih kering. Kemungkinan sedikit hujan akan turun bermula pertengahan April sekaligus menurunkan suhu panas,” katanya.
Menurutnya, Pejabat Meteorologi Kedah turut memantau dan menyukat suhu di stesen utama, iaitu di Kepala Batas, Langkawi, Chuping, Butterworth dan Bayan Lepas menggunakan alat Sistem Cuaca Automatik (AWS) untuk menyukat suhu dengan dibantu sukatan manual menggunakan termometer.
Sumber: Sinar Harian