Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi |
ALOR SETAR - Pas Kedah mempersoalkan tindakan Umno Kedah yang dilihat lebih memberi perhatian terhadap gerak kerja selamatkan parti, berbanding memikirkan cara meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, di saat rakyat dihimpit tekanan kos sara hidup meningkat, termasuk kejatuhan harga getah dan potongan jualan padi yang tinggi, Umno Kedah pula memperuntukkan RM3.78 juta untuk gerak kerja parti.
“Pengumuman mengguris hati rakyat daif, khususnya penoreh getah yang sangat harapkan bantuan kerajaan.
“Jika dana sebanyak itu disediakan untuk kepentingan politik Umno, mengapa tidak berbuat demikian untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya.
Ahmad Fakhruddin mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, baru-baru ini, yang mengumumkan RM3.78 juta setahun untuk melancarkan gerak kerja parti, termasuk merancang strategi berkesan berdepan PRU14.
Peruntukan yang diagihkan bermula Mac sehingga PRU14 berakhir memperuntukkan RM315,000 sebulan kepada sayap dan 15 bahagian Umno di negeri ini.
“Saya ingin mengingatkan Ahmad Bashah, beliau dilantik sebagai menteri besar untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya.
Pas Kedah turut mempersoalkan pendirian Ahmad Bashah yang sebelum ini enggan mendedahkan sumber dana besar untuk Umno Kedah itu.
“Adakah ia ‘wang derma’ dari mana-mana pihak berkepentingan dalam kedudukan beliau? Kenapa perlu bertegas, ‘jangan tanya mana nak dapatkan dana’ itu. Tindakan itu sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian