Kit Siang (enam, kiri) bersama pimpinan DAP Kedah dan penyokong selepas perjumpaan kelmarin. |
ALOR SETAR - Semua tokoh politik yang menandatangani Deklarasi Rakyat bukan bersikap hipokrit apabila bergabung dalam satu pakatan, biarpun masih menganggotai parti politik berbeza.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kesepakatan dicapai berikutan kesemua tokoh terlibat mempunyai misi yang sama mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mahu memulihkan institusi pentadbiran negara.
“Hipokrasi tidak timbul, semua yang tandatangan ada agenda masing-masing namun kami bersetuju dalam agenda utama dan capai muafakat. Ini merupakan satu lakaran sejarah politik negara,” katanya kepada media selepas hadir pada program ‘Kempen Solidariti Bersama Lim Kit Siang’, di Taman Aman, kelmarin.
Menurutnya, Malaysia kini di tahap ‘sakit teruk’ dan perlu diselamatkan menyebabkan tokoh-tokoh politik pelbagai parti bergabung menubuhkan Deklarasi Rakyat.
“Kami tidak boleh biarkan negara berterusan sakit bawah pimpinan Najib. Apa yang kami buat adalah untuk selamatkan negara, bukan agenda peribadi,” katanya.
Kit Siang berkata, isu utama yang dibangkitkan rakyat, iaitu 1MDB dan dana RM2.6 bilion masih belum dijawab oleh Najib secara telus, menyebabkan rakyat dan pemimpin pembangkang terus mempersoalkan isu berkenaan.
“Kami mahu seorang perdana menteri yang mempunyai imej yang baik, bukan dilanda masalah serius. Jika Najib setia dan cintakan negara, beliau perlu selesaikan masalah berkenaan, bukan menutup perkara sebenar,” katanya.
Menurutnya, apabila perkara utama gagal diselesaikan, pemimpin dalam Deklarasi Rakyat bangkit dan bekerjasama demi untuk selamatkan Malaysia.
Mengulas mengenai pakatan baharu yang bakal diwujudkan Pas, Kit Siang enggan mengulas lanjut sebaliknya menyifatkan Pas tidak mustahak kepada Pakatan Harapan.
“Pas tidak mustahak dan tidak penting buat saya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian